SIMPLE TIPS MENYERTAI SL1M

Oraittt.aku sebenarnya aku dah habis menjalani SL1M so...bolehlah kot aku nak share tips sikit sikit based on pengalaman sendiri(aku bukan pro tapi i tryyyy) .Nak karang pengalaman part 2 macam takde idea lagi nak buat ayat

SOFTSKILL

1. SL1M ada interview.

But exception for Sl1m Telekom(TM).Yang lain setahu aku semua ada iv.macam kerja sebab memang nanti on job training pun memang kerja in real.

SL1M TM ni special sebab kalau korang jauh dari KL contohnya perlis  ke pantai timur ke memang susah kan nak datang interview kat melaka tuh and tak sure dapat ke tak.tak ke banyak duit nak pakai tu.so sl1m TM lah jawapan kalau korang tak nak iv.muahaha

Caranya korang pergi website tm career and isi borang kat situ.hantar resume then siap tunggu diorang telefon.zaman aku sl1m 2017 aku hantar masa orang dah start belajar.dua hari lepas tu dia  call suruh datang terus bawak luggage baju,laptop and so on terus ke MMU melaka.tempoh dia dua bulan sekarang dengar cerita sebulan je softskill 7 bulan on job training

2.Belajar macam kelas

unfortunately yes.korang kena belajar balik macam kelas 8-5.Better bawak laptop sebab nanti korang kena buat presentation dan belajar microsoft word semua tu.nanti ada test la apa la dan dia cakap markah tu nanti akan serah dekat majikan masa ojt la.dia akan suruh korang perform dan dapat highest mark.sebenarnya pengalaman aku markah tu takde apa apa makna pun

3.Elaun

ni semua orang mesti nak tahu.Korang akan dapat RM1000 sebulan bukan masa korang daftar tu ye tapi..masa last nanti.Time aku dapat tiga empat hari sebelum habis.bukan by hand okay tapi by bank yang korang pilih,.Aku batch 3 masa daftar dulu tak sampai dua bulan so aku tak dapat pun rm2000 full tu.

4.Bawak alatan secukupnya

ada gunanya dia bagi senarai apa kena bawak tu.aku dulu menyesal tak bawak kasut lebih sebab nanti ada team building kat luar MMU kena masuk air dan perlukan lebih dari satu kasut,banyak baju dan seluar untuk main aktiviti luar.For men selain luggage bawaklah beg travel or another bag sebab nak letak dalam apa barang korang nak tidur kat team building nanti dua hari.perempuan tak risau sebab memang banyak beg dan barang kannn...

Sekali lagi kalau ada lagi team building batch korang bawak je apa senarai tu suruh.aku banyak benda menyesal tak ikut senarai tu.better bring extra

5.BENDA FREE

Masa softskill yang free cuma penginapan kat hostel MMU tu.makan tanggung sendiri.korang tak semestinya makan kat kafe dia.boleh je makan kat luar tak jauh pun.If ada orang ada kereta,bawak je.nanti korang bersyukur sebab senang nak ke mana mana dan Melaka sangat best untuk hunting makanan sedap

Selain tu korang akan dapat baju SL1M 2 helai satu yang biru tu satu lagi warna rumah sukan korang

then kalau korang rasa korang pernah atau ada bakat jadi MC silalah volunteer diri,nant ada elaun lain dapat.lumayan tau

PENEMPATAN
sabah dan sarawak trainee jangan risau ok.korang softskill je semenanjung nanti penempatan korang dapat balik negeri sendiri.pengalaman aku ada trainee sarawak dia bukan je dapat negeri sendiri tapi daerah sendiri je tm bintulu.korang sangat bertuah sebab dapat tempat sendiri.

aku pun tak dapat negeri sendiri.dia bukan tengok pointer korang tapi course korang rasanya.tak semestinya orang kl dapat tm kl.tapi kebanyakan memang dapat menara tm, raja chulan,tm damansara, tm shah alam.kebanyakan trainee orang selain kl akan dapat tm area kl dan selangor kalau tak dapat negeri masing masing..atas kosong kot.tapi ada je trainee kelantan dapat johor.haaa takut tak??

jujurnya hari last tu memang berdebar tunggu penutup majlis sebab masa tu korang akan naik pentas dan dapat surat penempatan OJT korang.masa tu ramai akan nangis sebab dapat bukan negeri sendiri dan ramai bahagia dapat negeri sendiri.depends on your luck and rezeki

Golden tips:kalau korang betul betul ada kekangan jumpa lah urusetia masa aritu jugak.contohnya ayah/mak sakit ke nak operate ke takde orang jaga ke . mana tahu ada rezeki dan diorang simpati diorang boleh tolong tukarkan balik korang ke negeri sendiri. ia pernah berlaku ada pertukaran asalkan korang cakap jujur dan betul betul terdesak.dia memang akan cakap urusan pertukaran tak akan dilayan tapi urusetia pun manusia biasa jadi cuba ringankan mulut bertanya.

Terima kasih sudi membaca.ada apa apa pertanyaan boleh je tanya.





Comments

  1. Nak tanya, lepas ojt tu awak diserap tak terus kerja di TM ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suka duka belajar di Sarawak

part 2- pengalaman belajar di sarawak

PENGALAMAN SL1M(TM)