Suka duka belajar di Sarawak

Part berapa entah aduiiii

sape isi UPU dapat di Sarawak tak kisahlah Unimas atau Uitm. bayangkan korang naik sampan tepi tepi ada buaya, orang pakai cawat, kampung yang takde wifi takde shopping mall dan macam macam lagi. ngeri kan adik adik hahaha. korang fikir macam tu jugak ke?

Tak tipu kakak pun dulu sama macam tu masa mula mula dapat uitm sarawak. rasa nak teriak nangis fikir susah nak balik semenanjung, tak dapat pulang beraya , tiket beribu dan mungkin boleh balik semenanjung lepas tamatkan belajar je. itu MITOS. #PERANGMELAWANMITOS.  hahaha

mitos kerana:
1. pergi sarawak naik kapal terbang sayangku bukan naik feri atau bas. nak menyeberang laut china selatan tu tak sampai dua jam je dari klia atau klia2. korang boleh search internet booking internet flight MAS, Airasia, Malindo dan Firefly. macam macam harga dan pilihan kat situ. misalnya kalau nak murah pilihlah Airasia manakala kalau nak keselesaan pilihlah Mas dan lain lain. choice is yours.

2. orang sarawak pakai BAJU macam orang kita jugak. kalau korang dapat Unimas atau Uitm samarahan tu kira bertuah taw sebab dekat dengan bandar kuching. orang kat sana loaded. buktinya jarang jumpa pakai kereta cikai cikai. kebanyakannya kaya kaya dan pakai BAJU MAHAL. tak pernah nampak pun orang pakai cawat atas jalan raya sepanjang tiga tahun duduk sana hahaha. kecuali di taman budaya sarawak tu pun untuk tarikan pelancong. mmmm....buaya pulak ada tapi buaya bukan di darat(buaya darat yang ramai tu kat semenanjung pun hado). kat sana memang banyak sungai yang ada buaya. kalau nak tengok buaya besar besar boleh pergi john crocodile kat sarawak.puas hati dapat nengok. satu lagi samarahan(daerah uitm dan Unimas) tu daerah maju dan dihubungkan jalan darat seperti semenanjung. sarawak takde LRT, train tu semua ye harap maklum tapi ada roundabout besar gedabak hahaha. kalau pergi sana baru nampak unik dia

3. samarahan tu adik adik maju sebenarrnya. di uitm tempat akak belajar tu ada je wifi dan laju jugak. sebenarnya untuk pengetahuan korang uitm samarahan dan unimas tu sangat dekat. malah kitorang menyewa rumah di area yang sama iaitu Desa Ilmu. ibarat sebelah menyebelah je dua universiti ni. cuma Unimas tu terlebih besar. jadi kalau cakap pasal uitm samarahan korang boleh bayangkan unimas jugak la. kat samarahan ni ada SHOPPING MALL taw. suka lah tu kikiki, nama dia SUMMER MALL LFS wayang pun hadeeee. dekat sangat lah dari Uitm dan unimas. sini memang jadi tumpuan sebab ada tempat shopping barang dapur, watsons,guardian dan FOS selain wayang. tapi taklah besar sangat sebab yang besar shopping mall banyak dekat Kuching sana macam City One and The Spring. Pergi sana mesti taw rasa aiskrim gula apong dekat sana ok.sedap hingga menjilat jari dan only in Sarawak.Selain tu Laksa Sarawak Moms cafe, mee kolok dan cendol sedappppp

4, kalau korang dapat uitm yes kemungkinan untuk dapat beraya bersama keluarga tu sentiasa ada. Tapi akak pun pernah sekali tahun lepas tak dapat beraya bersama keluarga. sedih sangat sangat. Tapi bukan sebab tiket mahal je. tiket mahal ada ubat dia sebab flight banyak dan boleh pilih harga tapi musim raya payah la murah tu kecuali book awal. uitm selalu exam lambat dari u lain dan ada paper selepas raya. so akak pilih nak stay je dengan kawan akak sebab rasa macam membazir duit tiket kalau balik(akak dua flight ye sebab duduk terengganu). bagi akak duit tu payah so akak terpaksa berkorban.alhamdullilah survive jugak tahun akhir tanpa beraya dengan keluarga. pagi raya pergi makan kfc sambil pakai baju kurung sepanjang jalan takde orang langsung.Tuhan je tahu sedih tu.ada la hikmah dia sebab ada pengalaman dan selepas terus balik tak datang dah. i am free and graduated now!!!!

sekian saja cerita kali ini.kalau korang terbaca blog ni nak tanya nak komen dipersilakan. nanti akak cerita pasal pengalaman in detail dekat sarawak, belajar bahasa sarawak dan review tempat menarik kat sarawak di post akan datang. sekian saja Part yang tak tahu ke berapa main tulis je ni ha. thank you for your time

Comments

  1. Kakak kalau dpt bilik dgn non muslim bleh tukar ke and mcm mana
    Saya dpt uitm sarawak kampus 2, bulan 7 ni baru nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum damia..salam perkenalan..saya pun bulan 7 ni daftar kat uitm sarawak kampus 2 jugak..👋

      Delete
  2. Akak saya dpt uitm samarahan rasa sedih teramat sangat sbb jauh. Boleh ke mintak tukarr ?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Degree apa wehh paastu kat upu unimas awak letak pilihan keberapa?

      Delete
  4. assalam kak nak tanya, waktu sem 1 macamna akak bawa balik barang mcm baldi, organizer semua tu ke semenanjung? atau akak tinggal je di uni

    ReplyDelete
  5. assalam kak nak tanya, waktu sem 1 macamna akak bawa balik barang mcm baldi, organizer semua tu ke semenanjung? atau akak tinggal je di uni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

part 2- pengalaman belajar di sarawak

PENGALAMAN SL1M(TM)